Remaja Mithali Tunggak Kepimpinan

Sebahagian dari Ahli Kelab PEWARIS

Taman Bandar Bharu Selayang Fasa 2A

Penubuhan Kelab PEWARIS

             PEWARIS adalah kata khusus merujuk kepada sekumpulan remaja atau anak muda di mana di bahu mereka mempunyai harapan besar sebagai PEWARIS di dalam meneruskan agenda Perjuangan Islam dan Kepimpinan di kalangan Ummah. Kelab PEWARIS TBBS Fasa 2A ditubuhkan untuk remaja-remaja dalam lingkungan 8 hingga 18 tahun dengan tujuan mengumpulkan seramai mungkin remaja-remaja di Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A supaya berada dalam satu organisasi yang lebih tersusun dengan berteraskan nilai2 Islam dan seterusnya dapat memantapkan jati diri anak-anak muda remaja

             Penubuhan kelab ini dicetuskan oleh Ustaz Azahari  (Penaung kelab PEWARIS), memandangkan ramai remaja sekarang ini sudah terjebak dengan bermacam-macam gejala sosial dan sebagainya. Maka diharapkan agar Kelab PEWARIS ini dapat menyediakan satu platform kepada remaja-remaja sebegini untuk mendorong mereka ke arah kehidupan yang lebih baik dan dapat menghasilkan tenaga-tenaga muda yang berwawasan dan seterusnya dapat menyumbangkan sesuatu yang berfaedah untuk taman ini dan seterusnya untuk Islam yang tercinta.

             Semoga segala usaha kecil ini mendapat sokongan padu yang berterusan dari pelbagai pihak terutama sekali dari ibu bapa. Semoga Allah memberi Taufiq dan HidayahNya kepada usaha-usaha kecil ini, InsyaAllah.

             Untuk lebih menarik sila lihat

http://www.youtube.com/watch?v=5vnwtN31ybM

Ustaz Azahari Ibrahim (Penasihat PEWARIS)

Taman Bandar Bharu Selayang Fasa 2A

68100, Batu Caves

Selangor Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

No. Tel. (HP)  : 013-9842644

 

KELAB PEWARIS TBBS Fasa 2A

Muhamad Azizi Mustafar (Presiden PEWARIS)

Taman Bandar Bharu Selayang Fasa 2A

68100, Batu Caves

No. Tel. (HP)  : 013-3652562

E-Mail             : bezict_gg@yahoo.com